Monday, December 23, 2013

TUJUH HARI LALU.

Tujuh hari lalu aku telah umumkan akan ada sesuatu yang baru dan mind blowing konon-kononnya, tapi apa yang ada hingga sekarang adalah ambisi yang tak jelas dan kemalasan tepu bertingkat-tingkat. Aku tak tahu apa subjek yang hendak ditulis di sini selain review musik-musik atau pun buku-buku lapuk yang aku telah baca. Semua yang aku buat tiada yang kena, atau lebih senang untuk aku post puisi atau sajak yang telah lama diperap dalam MS words yang berlabel HERRYYADI PAHING PUISI itu? atau aku perlu mempertimbangkan semula kemunculan blog ini. 

Aku pasti tiada yang akan baca penulisan random yang terlalu enteng seperti ini berbanding sekarang dimana orang M'sia suka gosip-gosip politik low IQ atau gosip-gosip actor/actress berkulit melayu bersanubari omputih(kononnya). Rasanya tiada kawan-kawan aku yang kemaruk pretentious art boplay macam aku ini sekarang, kononnya nak buka blog tentang penulisan dan apa jua bentuk seni yang aku ter'stumble upon'. Aku major dalam perakaunan dulu harap seni-seni yang datang ini adalah satu tindakan rebellious aku terhadap ke-rigidity keluarga aku yang aspect aku jadi pegawai besor yang makan gaji ribu-ribu. Rasa-rasa kedua-dua keinginan adalah delusi aku yang bercampur dengan imaginasi aku yang sememang tepu semenjak zaman budak lagi.

Tunggu sajalah apa-apa yang aku buat untuk mengisi kekosongan blog yang ini. Sama ada ok atau tidak itu terpulang pada aku kerana ini semuanya adalah 'konon-konon'. Banyak bukan perkataan konon yang aku gunakan disini kerana menganggap yang 'konon' itu akan datang dengan pasti nanti.

No comments: