Friday, May 29, 2015

Christopher Owens – Chrissybaby Forever

JAMAH DENGAR SEPERTI POP-CORN MELETUP LETUP DI ATAS LIDAH.SEDAP.

Wednesday, May 20, 2015

BEST COAST BEST COAST BEST COAST


MAKAN BEST COAST, TIDUR BEST COAST, MANDI BEST COAST, BAWAK KERETA BEST COAST, DALAM JAMBAN BEST COAST... SENANG KATA SENANTIASA DENGAN BEST COAST.

Hidup??

MASIH RELEVEN KE?

Tuesday, December 24, 2013

BOUND & GAG

GAG sebuah unit HxC/punk yang betul-betul memuja Black Flag, Minor Threat, dan segala 80'an HxC/punk yang tumbuh ketika itu tetapi unit ini mempunyai twist sedikit dalam pembentangan musikalnya iaitu suara yang ber'echo' ketika dalam persembahan dan juga segala output mp3 yang aku curi di internet raya. Tak dinafikan bahawa band pretentious 80'an HxC/punk memang banyak ketika ini tapi ini lebih dari pengeluaran band-band metalcore yang tak masuk akal bukan!. The more the merrier kot. Kalau punkers & hardcore kids kat M'sia ini ada yang minat CREEM,HOAX,RAW NERVE dll rasanya untuk menerima GAG adalah seperti mendapat messiah baru dalam penghidupan mereka.KEH3, yang kaki collect vinyl pasti tak segan untuk mendapatnya secara terus dari band ini.


Monday, December 23, 2013

TUJUH HARI LALU.

Tujuh hari lalu aku telah umumkan akan ada sesuatu yang baru dan mind blowing konon-kononnya, tapi apa yang ada hingga sekarang adalah ambisi yang tak jelas dan kemalasan tepu bertingkat-tingkat. Aku tak tahu apa subjek yang hendak ditulis di sini selain review musik-musik atau pun buku-buku lapuk yang aku telah baca. Semua yang aku buat tiada yang kena, atau lebih senang untuk aku post puisi atau sajak yang telah lama diperap dalam MS words yang berlabel HERRYYADI PAHING PUISI itu? atau aku perlu mempertimbangkan semula kemunculan blog ini. 

Aku pasti tiada yang akan baca penulisan random yang terlalu enteng seperti ini berbanding sekarang dimana orang M'sia suka gosip-gosip politik low IQ atau gosip-gosip actor/actress berkulit melayu bersanubari omputih(kononnya). Rasanya tiada kawan-kawan aku yang kemaruk pretentious art boplay macam aku ini sekarang, kononnya nak buka blog tentang penulisan dan apa jua bentuk seni yang aku ter'stumble upon'. Aku major dalam perakaunan dulu harap seni-seni yang datang ini adalah satu tindakan rebellious aku terhadap ke-rigidity keluarga aku yang aspect aku jadi pegawai besor yang makan gaji ribu-ribu. Rasa-rasa kedua-dua keinginan adalah delusi aku yang bercampur dengan imaginasi aku yang sememang tepu semenjak zaman budak lagi.

Tunggu sajalah apa-apa yang aku buat untuk mengisi kekosongan blog yang ini. Sama ada ok atau tidak itu terpulang pada aku kerana ini semuanya adalah 'konon-konon'. Banyak bukan perkataan konon yang aku gunakan disini kerana menganggap yang 'konon' itu akan datang dengan pasti nanti.

Sunday, December 15, 2013

donlod pree memang best.

dah 2 tahun+++ aku tak update blog ini, malah aku dah menyampah hendak post musik berat atau slow yang kini aku rasa amat pretentious sekali. fuck. aku malas nak bising2.aku malas nak buat review. fuck review. aku mahu immersed dalam diam.nanti-nanti kalau aku rajin akan datang post sesuatu yang mind blowing.

herry the unemployed